APA KAITAN GULA PASIR PUTIH DENGAN INFLAMMATION⁉️

Gambar hiasan


Kajian menunjukkan pengambilan gula tambahan secara berlebihan ini menjadi punca kepada masalah keradangan kronik yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik dan gangguan metabolisma tubuh. Gula berlebihan juga menyebabkan masalah keradangan sendi dalam penyakit radang sendi seperti osteoarthritis dan ‘Penyakit Radang Sendi Rheumatoid’.
 
Kajian yang lain menunjukkan kesan anti-keradangan oleh asid lemak omega 3 terganggu dan terbantut akibat pengambilan pemakanan tinggi gula sukrosa oleh tikus-tikus makmal dalam kajian ini. Ini bermakna, jika seseorang masih mengamalkan pengambilan gula yang tinggi dalam pemakanan seharian mereka tetap mempunyai tahap keradangan yang tinggi walaupun mengamalkan suplemen asid lemak omega 3. 

Satu kajian ujian klinikal rawak yang menunjukkan seseorang yang minum air berkarbonat yang tinggi gula, air berkarbonat tanpa gula, air susu tinggi gula dan jus buah-buahan dalam kotak/tin/botol secara kerap akan mempunyai masalah asid urik yang tinggi yang menunjukkan masalah keradangan kronik yang tinggi dan masalah rintangan insulin. 

Bahaya gula adalah lebih kepada kandungan ‘fruktosa’ di dalamnya. Fruktosa adalah 'gula buah' yang rasanya sangat manis dan menyumbang kepada rasa manis gula dan buah-buahan. Fruktosa dalam kuantiti yang sedikit adalah tidak merbahaya seperti yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kandungan serat didalamnya akan melambatkan penghadaman fruktosa dan menjadikannya ianya boleh di metabolisma secara beransur-ansur oleh hati kita. Tetapi pengambilan fruktosa secara berlebihan adalah sesuatu yang sangat merbahaya kepada kesihatan untuk jangkamasa panjang. 

Makanan yang tinggi fruktosa adalah gula-gula, gula jeli, cokelat, minuman ringan, kek, biskut, pastri manis, donut, jem, jus buah-buahan, minuman kordial dan sebagainya. Kesemua makanan yang tinggi fruktosa ini boleh menyebabkan masalah keradangan kronik yang tinggi dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti sindrom metabolik dan pelbagai penyakit kronik berdasarkan kajian yang ada.


BERTUKARLAH KEPADA GULA O UNTUK KESIHATAN & KEBAHAGIAAN KELUARGA ANDA

#BIORICH
#GULAO


Comments